Monday, April 23, 2012

Buntu...

Assalamualaikum...

Lama dah tak update pape kat sini.. ade kisah yg nak diceritakan.. tapi aku tak tau samada sesuai atau tak nak komen kat sini..

lebih kurang 3 minggu lepas pada tanggal 28/03/2012 (Rabu) ade seorang 'pakwe' yg aku baru kenal selama 2 minggu mengadu tak de duit untuk makan dan pergi outstation. So, aku dgn naifnya, telah mengeluarkan duit gaji aku yang tak seberapa tu untuk di'pinjam'kan pada 'pakwe' tu tadi. Jumlah yg 'pakwe' tadi nak 'pinjam' tidaklah banyak mana.. tapi bagi aku, jumlah tu sangat banyak kerana sebahagian hutang aku tak dpt dilangsaikan pada tarikh yg sepatutnya dan juga perbelanjaan aku untuk bulan nie dah jadi tunggang langgang.. Aku dgn rasa rendah dirinya terpaksa meminta dr ibu sndiri untuk perbelanjaan untuk bulan tersebut.. alangkah tidak patut la anak mcm aku ni kan?

Sebenarnya mmg kebanyakannya mmg slh aku jugak sebab terlalu percayakan si 'pakwe' tadi tu. mmg ramai kawan2 yg dah banyak kali bg nasihat tentang lelaki yg baru dikenali dan juga lelaki yg dah start nak mintak duit tu patut ditinggalkan serta merta. Aku dgn membuat lupa segala nasihat tu, dgn rasa yakinnya bagi 'pakwe' tadi duit dgn jumlah yg x perlu la nk disebut-sebut, buat malu je..

hampir setiap 2 hari aku akan call si 'pakwe' tu untuk pulangkan duit aku. termasuklah semalam.. aku top up RM10 maxis untuk call si 'pakwe' tu... selalunya bila aku call or msg dia x kan jawab... untunglah semalam die jawab. mula-mula aku masih lagi cool je bila bercakap dgn dia.. yelah petua bg lelaki tu x meluat ckp ngn kita bila kita tak marah2.. sampai satu tahap, aku rasa nak meletup bila dia mempermainkan aku.. aku tanya "bila nak byr duit tu" die jawab "bila nak jumpa"... mana tak hangat hati kan.. dia ajak aku jumpa mlm tu.. tp aku tak nak... selama 5 minit hanya bertekak mengenai perkara yg sama sampai aku menjerit dan aku agak mmg 6 blok flat dpt dgr suara aku yg memekik tgh2 mlm tu..

last-last aku mengalah, sbb kredit yg aku top up tu dah tinggal RM 1.32.. mana taknye, MAXIS ke CELCOM.. mmg la mahala caj nye... aku bg msg kat dia berbunyi "ikut suka la nak dtg ke tak. penipu..." sebab dia ckp nk dtg.. tp amik masa sampai 1jam setengah.. mmg mengarut la... so aku pasrah... biarkan dia dgn dunia dia tu... agak buntu jugak la... aku nak halalkan blh.. tp mcm mana aku nk halalkan duit tu sdgkan aku duk teringat je.. yela mungkin hasutan syaitan dgn nafsu amarah aku yg membuak2 membuatkan aku tak blh kawal lgsung diri aku sndiri... aku bukan redha lagi tau.. tapi pasrah je... kalau nak tau ape beza REDHA dan PASRAH, sila rujuk pada yang mengetahui...

thanks andaikata ada yang membaca my typewriting...
sayang laju-laju... mmmmuuuaaaahhh!!!

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sahabat sebab sudi komen
xoxo